CLINELLE Blemish Clear : Review

Hi. harini saya buat skincare review lagi hahah. sementara rajin sebab dah lama gila tangguh nak review produk-produk yang saya dah guna selama ni.

My skin type: Oily skin.
On its packaging, it stated that this product suitable for oily and blemish-prone skin. But there one time, my friend with combination skin said it also suitable for her. 


Ingredients: Salicylic acid, Tea tree oil, Paeonia Lactiflora Root Extract, Niacinamide (vit B3), Allantoin, Panthenol (Pro-Vit B5).
Kalau tengok top 4 ingredients pun memang dah khas untuk treat acne. and Allantoin kat situ i think it is for the soothing effect. as far as i know, usually Allantoin works as soothing ingredients. usually acne cream is quite strong and may irritate our skin (for certain people). 

Price: RM28.00++. 
RM28 ni harga without sales .Tapi sebabkan saya dah lama perhatikan benda ni memang tunggu ada sales terus tak fikir 2 3 kali lagi lagi masatu 50% off sanggup tunggu berjerawat-jerawat sikit sebab nak tunggu sales hahaha.


My review: serius acne treatment ni sangat sangat berkesan untuk saya. ye bukan satu je sangat tapi dua sangat kalau boleh nak letak seratus sangat hahahah. memang letak masa hari pertama lepastu dua tiga hari lepastu kecut dah. pernah paling pantas reaction dia baru letak semalam esok tu jerawat dah pecah. terbaik. setakat ni memang kalau okay je sebab saya pernah guna acne treatment yang lain dia kecutkan jerawat yang saya sapu tu tapi esok tumbuh kat sebelah pula hahaha kalau ada masa saya buat la post review pasal tu. but apa apa pun semua bergantung pada kulit masing-masing kadang-kadang jenis kulit kita sama tapi skin kita boleh tolerate dengan ingredients yang berbeza. yang penting PATCH TEST kalau nak lebih yakin.

Recommended? Y E S!!!
Repeat? Definitely, terutama kalau ada sales hehe.
How long it lasts? i have been using it from 29 January 2019 and it still ada until now (August).

saya bukan buat paid review semua guna duit sendiri tu sebab tunggu masa sales hehe. mula-mula pun sebab rasa nak cuba sebab teman kawan nak beli moituriser simple and tetiba ada promoter guardian tetiba suggest kat saya blemish clear ni tapi masatu saya macam "eh eh eh ok takpe nanti saya beli ok" sebab masatu memang niat nak teman and taknak beli apa-apa hahah tapi survey harga je la sebab nak buat kira-kira.

and one thing, it does not contain artifial fragrance, alcohol & artifial colouring. annndddd the most important thing is it is not comedogenic. comedogenic ni dia tak clog pores kita okayy maksudnya. kebanyakkan produk clinelle memang non comedogenic. thumbs up.

ok sekian dari saya. kalau korang nak cuba digalakkan terutama kalau yang breakout ke apa.

bye xoxo


Comments

  1. Saya nak tanya..ni macam sejenis ubat jerawat juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sorry for the late replies, yes saya guna ni untuk rawat jerawat sayađź’–

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAFI DERMASAFE Day & Night Moisturiser : Review

a year later