SAFI DERMASAFE Day & Night Moisturiser : Review
Hello peeps. So today saya nak review tentang produk tempatan yang cukup terkenal dari zaman mak mak kita lagi haa gittew. Memang produk safi ni dah lama tapi safi dermasafe baru je launch rasanya tahun lepas which is 2018.
Saya beli produk ni sebenarnya lepas tengok blog seorang skincare enthuasist review pasal produk ni. Jadi macam rasa ok nak try la sebab setakat ni semua moisturiser yang saya guna tak bagi kesan positive ataupun negative. Yang part tak bagi kesan negative tu alhamdulilah la kan. haha tapi nak juga bagi kesan positive tapi saya rasa setakat ini moisturiser la yang membantu kulit saya kelihatan tak kusam hehe walaupun tak flawless dengar macam pelik kan. ok jom kita review. first of all, ni bukan paid review tau saya beli moisturiser ni guna duit saya sendiri huhuks.
My skin type: Oily skin.
Day Moisturiser:-
Texture: Gel.
For someone who has an oily skin type, gel texture is really suitable for my skin because it is not too heavy for my skin untuk mengelakkan rasa belengas di siang hari.
What it claims: it will give refreshing, light and quick absorption gel that provides 24H hydration while keeping skin soothed & calm during the daytime.
It really gives me all the feels that this product has claimed. from the refreshing, quick absorption to soothe and calm i really felt those whenever i applied it n my skin :) Selalu i rasa excited nak buat skincare routine sebab nak rasa soothe and calm from this moisturiser hewhew.
Price: RM37.70
Night Moisturiser:-
Texture: Cream.
I have to admit that mula-mula berdebar rasa nak try sebab cream texture ni biasa buatkan people with oily skin type untuk rasa belengas sebab too heavy. Biasanya cream texture ni untuk dry skin. But alhamdulilah it suitable for me taak rasa terlalu belengas atau tak selesa lepas apply kat skin malah rasa sejuk hewhew.
What it claims: it also claims it is non-oily and quickly absorbed.
Saya sangat setuju dengan apa yang produk ni claim hahah memang cepat je absorber and rasa sejukzzzz aaaa saya suka.
Price: RM 51.35
Overall sebenarnya produk ni sangat sesuai untuk orang yang ada sensitive skin sebab it has no fragrance, colorants, mineral oil, alcohol. Those things ni biasanya yang boleh triggers orang with sensitive skin terutamanya fragrance and alcohol. Dan sebenarnya saya berani nak cuba pun sebabkan it free from those things sebab masa saya buat keputusan nak cuba produk ni masa tu saya tengah breakout teruk la juga. Paling teruk dalam sejarah. Sebab walaupun kulit saya jenis tak flawless tapi dia just ada whitehead je kalau jerawat tu just muncul sebulan sekali je hahah syukur tapi masa yang breakout teruk ni jerawat keluar kat pipi macam popcorn meletup letup dia tu hahaha tapi mungkin saya punya tahap tak severe sangat macam orang lain. tapi alhamdulilah sekarang semakin pulih hehe.
Recommended? YES especially those with sensitive skin.
Repeat? Maybe kalau watsons buat sales kot haha mencungap juga la harga dia lagi-lagi asing pulak tu day and night punya.
How long it last? I have been using this moisturiser since February until now( August) baru dia macam semput-semput keluar. so lama la juga bertahan walaupun dengan botol cenonet macam tu.
Oo lupa nak cakap Safi Dermasafe ni just masuk kat watsons je dalam guardian tidak ada okay guys. And setakat yang saya survey ni jarang jugak la dia promo selalu yang weekend sale tu je 10%-15% off huhu. Harga kat ats tu aku refer internet sebab resit dia dah hilang pula. tapi bila refer balik harga terkejut pulak betul ke aku beli guna harga macam tu *pengsan.
Im not sure about others but my cousin (she has dry skin) pun pernah pakai Safi Dermasafe and dia kata dia tak sesuai kulit dia jadi kering sangat2. But semuanya bergantung kepada kulit masing-masing. Apa apa pun ingat mesti PATCH TEST dulu ok gais.
Bye xoxo.
Comments
Post a Comment