bagi kucing makan

hi

tak tahu aku selalu rasa sebak untuk orang yang tak ada peluang untuk mendapat hidayah islam. aku pernah pergi kat satu jalan belakang the shore pastu kat situ banyak gila kucing jalanan serius banyak lepastu ada seorang makcik india ni bagi makan semua kucing kat situ. bayangkan kalau tak de makcik tu yang ambil berat pasal kucing tu, bagi makan, rasa-rasa kucing tu dapat ke makan biskut kucing? tapi macam mana baik pun makcik tu terhadap kucing-kucing tu mungkin kalau tiada iman kepada Allah dia tak dapat masuk syurga. wallahualam. kita yang islam ni pun tak tentu masuk syurga. cuma aku sebak je sebab makcik tu serius nampak ikhlas bagi kucing-kucing tu. walaupun makcik tu kaya dari segi harta tapi dia tetap belanjakan wang yang dia ada untuk bagi kucing2 tu makan ;( ada satu masa ni makcik tu panggil kucing tu macam ni "meh sini datang kat mak." weiii i wanna cry kat situ juga kot sebab nampak keikhlasan makcik tu.


oh mungkin pelik kenapa tetiba aku boleh ada situ haha aku teman akak aku ambil gambar pemandangan sebenarnya huhu.

kita yang islam ni harus bersyukur dapat dilahirkan dalam islam. tapi sesetengah kalangan kita lebih bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan dan menitikberatkan tentang islam/ aurat/solat dari kecil lagi. ada antara kita kurang bernasib baik mungkin dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja amalan agama islam mereka. mungkin tidak terlalu ambil berat tentang aurat/solat/ amalan lain. berysukur la kita. jangan fikir sebab kita memang dah dalam keluarga yang sentiasa menutup aurat, semua orang pun memang macam tu. lastly, bersyukur la jika kita dilahirkan dalam keluarga yang dilindungi. kepada sesiapa yang masih struggle semoga diberikan kekuatan dan dilindungi dari melakukan perkara mungkar. dan semoga mendapat hidayah islam kepada yang belum sampai serunya ;)

Comments

Popular posts from this blog

SAFI DERMASAFE Day & Night Moisturiser : Review

CLINELLE Blemish Clear : Review

a year later