Posts

Showing posts from July, 2021

keresahan

 hi sejak kebelakangan ni aku rasa sedikit stress dan resah gitu. sebab biasa la baru habis intern dah busy cari kerja. tapi secara jujurnya aku belum cari lagi sebab lepas habis intern nak kena siapkan laporan intern pula.  pastu aku macam nak betulkan resume aku sebetul-betulnya. macam selagi tak puas hati dengan apa yang aku letak kat resume tu rasa tak sedap la nak hantar untuk mohon kerja kan. jadi tu la aku macam buat keputusan untuk fokus dengan benda yang aku kena siapkan dulu iaitu laporan praktikal aku ni. sebab aku rasa nanti macam tak tentu arah nak cari kerja lagi, nak buat laporan praktikal lagi... hmm kadang terfikir betul ke apa yang aku buat ni? sebab orang kata nak mohon kerja jangan tunggu nanti bersaing hmm. dan tengok kawan-kawan kuliah lain pun ada yang dah dapat kerja. kebanyakannya dapat tawaran dari tempat praktikal masing-masing. bestkannn!! aku suka je tengok sebernanya siapa yang dah dapat kerja, dapat kerja kat mana etc.  tapi tipu la kalau ta...