keresahan
hi
sejak kebelakangan ni aku rasa sedikit stress dan resah gitu. sebab biasa la baru habis intern dah busy cari kerja.
tapi secara jujurnya aku belum cari lagi sebab lepas habis intern nak kena siapkan laporan intern pula.
pastu aku macam nak betulkan resume aku sebetul-betulnya. macam selagi tak puas hati dengan apa yang aku letak kat resume tu rasa tak sedap la nak hantar untuk mohon kerja kan. jadi tu la aku macam buat keputusan untuk fokus dengan benda yang aku kena siapkan dulu iaitu laporan praktikal aku ni.
sebab aku rasa nanti macam tak tentu arah nak cari kerja lagi, nak buat laporan praktikal lagi...
hmm kadang terfikir betul ke apa yang aku buat ni? sebab orang kata nak mohon kerja jangan tunggu nanti bersaing hmm.
dan tengok kawan-kawan kuliah lain pun ada yang dah dapat kerja. kebanyakannya dapat tawaran dari tempat praktikal masing-masing. bestkannn!! aku suka je tengok sebernanya siapa yang dah dapat kerja, dapat kerja kat mana etc.
tapi tipu la kalau tak rasa sedih sikit sebab tak tahu lagi masa depan macam mana dengan pandemik covid-19 lagi...hmm
pastu ada pula haritu macam tawaran training sebagai eksutif la untuk bidang yang aku belajar ni, aku mohon tapi tak terpilih. tak pasti dia pilih macam mana. tengok kawan-kawan ramai la juga, post story dorang dapat join training tu hmm besstt
aku macam sedih tapi bukan rezeki aku kan nak buat macam mana. kadanag-kadang rasa macam kenapa orang lain senang je..
tapi lepastu aku nak sedapkan hati kata la kat diri sendiri macam ni,
"takpe la, mungkin kita tak terpilih sekarang sebab ada tawaran lain yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. sebab kalau kita dah dapat tawaran tu nanti mesti kita dah tak cari lain kan."
"sebab memang bukan rezeki kita kan nak buat macam mana"
hmm gitu la asyik nak sedapkan hati sendiri je. takut wei nak hidup dewasa ni, hidup sekarang semua perlukan duit. takde duit macam mana nk makan. nak tinggal kat mana? bil api bil air macam mana nak bayar?
harap aku kahwin dengan orang kaya yang baik, hensem, manis, pemurah & dapat bimbing aku dunia akhirat gitu tiber😂 nanti boleh fokus memasak & urus rumah je hahahha
Comments
Post a Comment